Hana 'Elite' Diisytiharkan Muflis Kerana Hutang Watie 'Elite'

2:36 AM by
 Watie 'Elite' 


 

Hana 'Elite'


NIAT memang baik, mahu membantu rakan yang ketika itu dalam keadaan susah. Gara-gara tak bayar ansuran bulanan kereta, Watie Elite telah bankrapkan Hana iaitu sahabatnya sendiri.

Tapi yang tak disangkanya, disebabkan menolong rakannya itu, kini nama Hana telah disenaraikan sebagai muflis berikutan Watie Elite tidak menyelesaikan hutang keretanya.

Hana atau nama sebenarnya, Norhanasafiza Mat Adnan menceritakan, lapan tahun lalu, dia telah bersetuju meminjamkan namanya kepada Watie demi membolehkan sahabatnya itu membeli kereta.

 


Kumpulan Elite...Hana (kiri), Azza, Watie



“Sampai hati dia lepas tangan, walhal ketika susah dulu dia merayu supaya saya membantunya. Ketika itu saya baru pulang ke tanah air dan tumpang bersedih melihat keadaannya digantung tidak bertali.

“Saya bersetuju buat pinjaman dan bayarkan duit pendahuluan kereta berserta insurans dan cukai jalan sebanyak hampir RM10,000 tetapi dia mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya.

“Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008 dan sebelum itu pun bayar tak konsisten,” katanya memetik laporan Metro Ahad, hari ini.


Disebabkan namanya sudah diisytiharkan bankrap, Hana nekad membawa perkara ini ke muka pengadilan demi membersihkan kembali namanya.

Hai, tak baiklah macam tu, kawan itu beriya tolong ketika awak dalam keadaan terdesak, alih-alih ini pula jadi kat dia.

Janganlah jadi kawan makan kawan pula kan..

Harapnya kes mereka ini dapat diselesaikan secara baik kerana sayanglah kawan dah lama, tup-tup hubungan jadi renggang disebabkan masalah yang sepatutnya tak timbul sekiranya Watie konsisten membayar hutang keretanya itu.

Oleh: AUDREY LEE